Thursday, 26 October 2017

MENGENALI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

3.  Hypoaktif


    CIRI-CIRI

  • Murung dan menyendiri.
  • Aktiviti fizikal yang pasif.
  • Tiada respond pada persekitaran.
  • Suka termenung.
  • Tidak suka bergaul atau berinteraksi.
  • Menundukkan muka bila nama dipanggil.
  • Suka bermain sendirian.
  • Suka berkhayal.


Wednesday, 25 October 2017

MENGENALI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

2. Hyperaktif

      

CIRI-CIRI



  • Aktiviiti fizikal yang agresif dan berlebihan.
  • Tindakan yang berlebihan terhadap rangsangan cahaya, bunyi dan warna.
  • Tidur yang tidak tetap.
  • Terlalu kerap menangis atau ketawa.
  • Sukar beri tumpuan terhadap permainan atau kerja yang dilakukan.
  • Mengubah aktiviti atau tindakan secara mengejut.
  • Mudah mengamuk bila kehendaknya dihalang.
  • Sukar menyesuaikan diri dan berinteraksi dengan rakan sebaya.

Tuesday, 24 October 2017

MENGENALI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS.

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

1. Autisme

             CIRI-CIRI
              
  • Perlakuan yang bongkak
  • Ketawa dengan tiba-tiba
  • Perkataan yang diulang berkali-kali dan gagap.
  • Tidak mengenali bahaya.
  • Tidak merasai kesakitan.
  • Menangis dan marah tanpa sebab.
  • Permainan yang luar biasa.
  • Tidak mahu didakap.
  • Tidak dapat menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain.
  • Berkelakuan seperti orang pekak.
  • Tiada perhubungan mata bila bercakap.
  • Memutar barang.
  • Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal.
  • Tingkahlaku aktif keterlaluan.
  • Tidak mahu terima pelajaran biasa.
  • Mengigit kuku, hisap jari dan mencederakan diri.
  • Takut dan cemburu berlebihan. 

Sunday, 22 October 2017

KAEDAH MONTESSORI

APA ITU KAEDAH MONTESSORI?



Pengasas:
        Pendidikan ini telah diasaskan oleh Maria Montessori pada tahun 1906. Pada awalnya pendidikan ini hanyalah untuk pelajar yang terencat namun perubahan telah berlaku apabila  pendidikan ini didapati telah mampu membantu perkembangan minda pelajar.

Ciri-ciri:
      Kaedah pembelajaran dalam pendidikan Montessori ini lebih mendedahkan kanak-kanak kepada persekitaran yang menyeronokkan dengan bantuan  alat-alat autentik dan natural. Pendekatan kaedah pembelajaran mereka  lebih kepada konsep kemahiran hidup.



Kelebihan:
       Kelebihan pendidikan Montessori ini  kepada kanak-kanak adalah membolehkan mereka  pandai bersosial dan juga lebih kreatif. Hal ini demikian kerana mereka telah didedahkan dengan persekitaran pembelajaran yang menarik untuk membantu perkembangan minda kanak-kanak. Oleh kerana tidak bergantung kepada jadual dan peraturan, pendidikan ini dilihat mampu memberikan keseronokan kepada pelajar. Justeru itu, dari segi emosi mereka lebih stabil dan lebih cekap dalam menguruskan diri sendiri.



Sunday, 8 October 2017

ADAB PELAJAR TERHADAP GURUNYA

ADAB PELAJAR TERHADAP GURUNYA


Menurut Imam al-Ghazali, seseorang murid hendaklah:

1) Memberi sepenuh perhatian kepada gurunya

2) Mendiamkan diri sewaktu guru sedang meyampaikan pelajaran.

3) Menunjukkan minat terhadap apa yang disampaikan oleh guru.


Saturday, 2 September 2017

HASIL DATANG DENGAN USAHA



Haris juga sekarang berumur 6 tahun.
Haris belajar di TPS sejak berumur 5 tahun.
Dengan kerajinan dan usaha, sekarang Haris sudah boleh membaca.
Lagi sedikit latihan, bacaannya akan lebih teratur dan senada.


Monday, 28 August 2017

HASIL DATANG DENGAN USAHA


Durrani sekarang 6 tahun.
Durrani telah belajar selama 2 tahun di TPS.
Merupakan seorang murid yang hyperaktif dan tiada tumpuan.

Dengan kehadiran ke sekolah yang baik, rajin mengulang bacaan
Sentiasa mencuba walau perkataan baru.
Akhirnya boleh membaca sebelum tahun 1.

Tuesday, 22 August 2017

PEMILIHAN BUKU YANG SESUAI

   PILIH BUKU YANG SESUAI     




    Pemilihan buku perlulah mengikut peringkat umur kanak-kanak demi meningkatkan minat mereka. ibu bapa jangan terlalu 'high expextation' dan membelikan buku-buku yang 'advance' jika tidak mahu minat kanak-kanak ini terhadap buku terbantut.


           Antara ciri-ciri yang sesuai untuk Kanak-kanak 3-5 Tahun adalah seperti:
  • Elemen matematik seperti saiz atau masa
  • Elemen sains yang mudah iaitu berkaitan seperti trak sampah, bunga atau peralatan
  • Buku mengenai perkara yang disukai oleh kanak-kanak pada usia ini antaranya seperti kereta api, haiwan atau memasak 
  • Buku tentang persahabatan, cita-cita, adik beradik 
  • Teks ringkas yang mudah difahami dan dibaca
  • Illustrasi dan foto yang lebih jelas, berwarna-warni dan menarik
  • Jalan cerita yang mudah dan menyeronokkan 
  • Ada sebahagian perkataan berulang-ulang yang membuatkan kanak-kanak boleh meghafalnya 
  • Isi kandungan buku mengenai kehidupan seharian. Ia juga menggalakkan kanak-kanak untuk bertanya soalan dan meneroka dunia mereka 
  • Buku mengandungi gambar dan ayat ringkas iaitu lebih kurang lima patah perkataan


Sunday, 20 August 2017

BUDAYA SUKA MEMBACA

Cuba 6 tips ini untuk membantu dalam mendidik anak menjadi seorang yang sukakan buku.


1. Anda harus memahami bahawa perkembangan anak adalah berbeza-beza. Dengan ini, akan mengurangkan 'high expectation' pada anak. Anda akan membantu mereka untuk mengetahui pencapaian diri dan meningkatkan keyakinan dalam membaca.
2. Pastikan kewujudan bahan bacaan di rumah iaitu aksesori pembacaan seperti mini perpustakaan, surat khabar, pensel dan krayon.
3. Baca buku kepada anak iaitu membaca bersama mereka setiap hari sekurang-kurangnya 10 minit sebelum tidur
4. Sekali sekala, biarkan anak membaca dengan nada suara yang kuat. Jangan berhenti membaca walaupun mereka sudah boleh membaca.
5. Bercerita kepentingan membaca. Katakan kepada anak bahawa membaca dapat meningkatkan perbendaharaan kat, kemahiran berfikir secara kritikal.
6. Tunjukkan kepada anak pentingnya amalan membaca. Anda menjadi contoh kepada anak dengan membaca di hadapan mereka. Jadikan ia amalan anda sekeluarga.


Friday, 18 August 2017

HASIL DATANG DENGAN USAHA


Alisha sekarang 6 tahun.
Mula bersekolah pada umur 4 tahun.
sentiasa amalkan apa yang guru ajar.
hafal 'flash card' yang disediakan.
betulkan apa yang guru suruh.
Mempunyai ibu yang komited dalam ulangkaji bahan bacaan yang guru berikan.

Semoga maju jaya.


Thursday, 17 August 2017

SINDROM LAMBAT MEMBACA


Terdapat satu ‘Sindrom Lambat membaca’ yang dikenali sebagai disleksia.

FAKTA: Disleksia

Disleksia adalah sejenis sindrom lambat membaca Kanak-kanak berusia lima tahun boleh dikenal pasti sama ada menghidap disleksia atau tidak. Kanak-kanak ini adalah normal seperti kanak-kanak lain, malah mereka juga dikatakan lebih bijak dalam berfikir. Masalah utama penghidap disleksia ialah ketinggalan dalam pelajaran. Cara pembelajaran yang sesuai dan menarik mampu merawat permasalahan disleksia ini.
 

Kanak-kanak yang yang mengalami disleksia ini pada umumnya kelihatan ormal seperti kanak-kanak lain. Malah, ada di antara mereka juga dikatakan lebih bijak dalam berfikir.

Disleksia bukan satu penyakit, tetapi kesannya boleh menyebabkan kanak-kanak ketinggalan dalam pembelajaran. Tidak semua kanak-kanak disleksia akan mempunyai tanda-tanda yang sama. Tanda Disleksia boleh dikenalpasti seawal umur 5 tahun 6 bulan.

Ia adalah masalah yang dialami oleh otak unutk menterjemahkan imej tulisan kepada kefahaman. Ia melibatkan masalah pembelajaran disebabkan kelainan struktur dan fungsi otak.
 


TANDA DISLEKSIA

8 TANDA DISLEKSIA PADA ANAK YANG IBU BAPA PERLU TAHU.

Ibu bapa seharusnya peka dan tidak teragak-agak untuk mendapatkan bantuan pembelajaran bagi anak-anak ini. Setakat 2016, ada 13 pusat Persatuan Disleksia Malaysia telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi membantu kanak-kanak yang mengalami disleksia.


Antara tanda Disleksia ibu bapa perlu peka:-

1. Masalah lewat pertuturan
2. Lambat membaca
3. Susah menulis
4. Berpewatakan cuai
5. Sukar memahami arahan
6. Mudah lupa
7. Masalah belajar matematik
8. Lebih terserlah bakatnya dalam bidang kreatif




Wednesday, 16 August 2017

BIJAK DALAM MENDIDIK ANAK

10 NASIHAT BIJAKSANA LUQMAN AL-HAKIM UNTUK ANAKNYA

1. Mengesakan Allah
2. Menjaga sekesil-kecil perlakuan
3. Solat dan Sabar
4. Tidak membangga diri
5. Marah anak kerana Sayang
6. Menghindari hutang
7. Elak berbohong walau sekali
8. Pentingnya mengingati kematian
9. Makan sekadarnya
10. Beramal dengan ilmu

Beliau juga berpesan “Anakku, janganlah engkau mudah ketawa bukan kerana sesuatu yang menggelikan, Janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.”

Tuesday, 15 August 2017

READING TOGETHER

Reading together can develop and foster interest in reading.
It also trained students to read smoothly.
at first, it indeed difficult, with repeating training and

do it everyday will improve the reading level of these students.

Monday, 14 August 2017

MENDIDIK ANAK PERLUKAN KECEKALAN.

MENDIDIK ANAK PERLUKAN KECEKALAN.

Dalam membesarkan anak, ibu bapa sering menghadapi dilema dan keraguan dalam membuat apa-apa keputusan dalam hal anak-anak. Disiplin perlulah dibentuk oleh ibu bapa sebelum menghantar anak ke sekolah atau mana-man pusat pembelajaran. Membentuk disiplin memerlukan komitmen dan dilakukan berterusan. Ibu bapa boleh mengambil cara-cara yang diajar dalam islam seperti:-

1. Elakkan Pukul anak dari bahagian lutut ke atas
2. Elakkan guna tangan atau anggota tubuh yang lain untuk memukul anak.
3. Ajar anak Solat
4. Panggil anak dengan nama panggilan yang baik
5. Peluk anak setiap hari
6. Pandang anak dengan pandangan kasih sayang

7. Berikan pujian pada anak
8. Terima kesilapan anak
9. Family first!, utamakan keluarga
10. Elakkan mengeluh kerana anak. Ucapkanlah Istighfar.
11. Dengar apabila anak bercakap
12. Tenangkan anak dan tunjukkan bagaiman cara menenangkan diri
13. Sambut “Birthday’ bersama-sama
14. Ulang arahan beberapa kali
15. Buat aktiviti bersama anak-anak
16. Tinggalkan kerja di pejabat, Jangan bawa anda kerja ke rumah
17. Hargai permainan kesayangan anak anda
18. Usah biarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam
19. Terima anak seadanya



Tuesday, 1 August 2017

PENDIDIKAN AWAL.

Pendidikan awal kanak-kanak bukan hanya bermula apabila bersekolah sahaja.
pendidikan awal kanak-kanak adalah konsep keseluruhan perjalanan seseorang yang bermula seawal perlu.

Zaman kanak-kanak pula, adalah sebahagian daripada kehidupan dan bukan satu
persediaan zaman dewasa.


v Keseluruhan kanak-kanak itu dianggap penting.( Kesihatan , fizikal , mental , pemikiran, kerohanian ).

v Pembelajaran bukanlah suatu yang terpisah-pisah, semuanya saling berkait.

v Motivasi dalaman , adalah aktiviti cetusan daripada kanak-kanak dan arahan kendiri yang dihargai.

v Penekanan terhadap disiplin diri.

v Terdapat masa-masa penerimaan pembelajaran yang khusus pada peringkat tertentu perkembangan.

v Pembelajaran bermula daripada apa yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak bukan daripada apa yang mereka perlu lakukan.

v Orang lain ( dewasa atau rakan sebaya ) yang kanak-kanak itu berinteraksi adalah menjadi fokus penting.