Sunday 22 October 2017

KAEDAH MONTESSORI

APA ITU KAEDAH MONTESSORI?



Pengasas:
        Pendidikan ini telah diasaskan oleh Maria Montessori pada tahun 1906. Pada awalnya pendidikan ini hanyalah untuk pelajar yang terencat namun perubahan telah berlaku apabila  pendidikan ini didapati telah mampu membantu perkembangan minda pelajar.

Ciri-ciri:
      Kaedah pembelajaran dalam pendidikan Montessori ini lebih mendedahkan kanak-kanak kepada persekitaran yang menyeronokkan dengan bantuan  alat-alat autentik dan natural. Pendekatan kaedah pembelajaran mereka  lebih kepada konsep kemahiran hidup.



Kelebihan:
       Kelebihan pendidikan Montessori ini  kepada kanak-kanak adalah membolehkan mereka  pandai bersosial dan juga lebih kreatif. Hal ini demikian kerana mereka telah didedahkan dengan persekitaran pembelajaran yang menarik untuk membantu perkembangan minda kanak-kanak. Oleh kerana tidak bergantung kepada jadual dan peraturan, pendidikan ini dilihat mampu memberikan keseronokan kepada pelajar. Justeru itu, dari segi emosi mereka lebih stabil dan lebih cekap dalam menguruskan diri sendiri.



No comments:

Post a Comment