Tuesday 22 August 2017

PEMILIHAN BUKU YANG SESUAI

   PILIH BUKU YANG SESUAI     




    Pemilihan buku perlulah mengikut peringkat umur kanak-kanak demi meningkatkan minat mereka. ibu bapa jangan terlalu 'high expextation' dan membelikan buku-buku yang 'advance' jika tidak mahu minat kanak-kanak ini terhadap buku terbantut.


           Antara ciri-ciri yang sesuai untuk Kanak-kanak 3-5 Tahun adalah seperti:
  • Elemen matematik seperti saiz atau masa
  • Elemen sains yang mudah iaitu berkaitan seperti trak sampah, bunga atau peralatan
  • Buku mengenai perkara yang disukai oleh kanak-kanak pada usia ini antaranya seperti kereta api, haiwan atau memasak 
  • Buku tentang persahabatan, cita-cita, adik beradik 
  • Teks ringkas yang mudah difahami dan dibaca
  • Illustrasi dan foto yang lebih jelas, berwarna-warni dan menarik
  • Jalan cerita yang mudah dan menyeronokkan 
  • Ada sebahagian perkataan berulang-ulang yang membuatkan kanak-kanak boleh meghafalnya 
  • Isi kandungan buku mengenai kehidupan seharian. Ia juga menggalakkan kanak-kanak untuk bertanya soalan dan meneroka dunia mereka 
  • Buku mengandungi gambar dan ayat ringkas iaitu lebih kurang lima patah perkataan


No comments:

Post a Comment