Sunday 20 August 2017

BUDAYA SUKA MEMBACA

Cuba 6 tips ini untuk membantu dalam mendidik anak menjadi seorang yang sukakan buku.


1. Anda harus memahami bahawa perkembangan anak adalah berbeza-beza. Dengan ini, akan mengurangkan 'high expectation' pada anak. Anda akan membantu mereka untuk mengetahui pencapaian diri dan meningkatkan keyakinan dalam membaca.
2. Pastikan kewujudan bahan bacaan di rumah iaitu aksesori pembacaan seperti mini perpustakaan, surat khabar, pensel dan krayon.
3. Baca buku kepada anak iaitu membaca bersama mereka setiap hari sekurang-kurangnya 10 minit sebelum tidur
4. Sekali sekala, biarkan anak membaca dengan nada suara yang kuat. Jangan berhenti membaca walaupun mereka sudah boleh membaca.
5. Bercerita kepentingan membaca. Katakan kepada anak bahawa membaca dapat meningkatkan perbendaharaan kat, kemahiran berfikir secara kritikal.
6. Tunjukkan kepada anak pentingnya amalan membaca. Anda menjadi contoh kepada anak dengan membaca di hadapan mereka. Jadikan ia amalan anda sekeluarga.


No comments:

Post a Comment