Sunday 21 October 2012

PEMBELAJARAN BERPUSATKAN MURID






Dengan mengamalkan pendekatan seorang demi seorang (1 to 1) Kami di TPS dapat mengenal pasti personaliti setiap pelajar dan melaksanakan pembelajaran berpusatkan murid.

- Pembelajaran digerakkan atas minat dan dorongan murid. Guru sebagai pemudahcara atau pembimbing. Murid mencari jawapan sendiri menerusi penerokaan dan pengalaman yang dibina sendiri. Guru akan menyediakan persekitaran pembelajaran. Aktiviti ini berpandukan kepada teori konstruktivis* iaitu menekankan pembelajaran berlaku apabila perubahan tingkahlaku hasil daripada pembelajaran yang dibina menerusi pengalaman baru.

Kebaikan aktiviti berpusatkan murid
·          Mendorong minat meneroka
·          Menggalakkan murid berdikari
·          Membina keyakinan diri
·          Membina pengetahuan menerusi cuba jaya
·          Memahami sendiri sesuatu konsep
·          Menyelesaikan masalah ingin tahu
·          Memberi peluang memilih bidang yang diminatimemupuk minat kepada penyelidikan saintifik
·          Menerima kegagalan sebagi satu pengalaman pembelajaran
·          Mewujudkan suasana ceria dalam pembelajaran

No comments:

Post a Comment