Sunday 21 October 2012

Apa itu Pendidikan awal kanak.


Dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) menyatakan

·           'pendidikan prasekolah' (preschool education) bermaksud program pendidikan untuk kanak-kanak berumur dari empat hingga enam tahun. (4-6 tahun)

·           'Tadika' (kindergarten) bermaksud tempat di mana menempatkan sejumlah kanak-kanak pendidikan prasekolah seramai sepuluh atau lebih.

·          Manakala 'taska' (nursery) merujuk kepada Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) bermaksud program pendidikan untuk kanak-kanak di bawah umur empat tahun iaitu bermula dari lahir hingga empat tahun.

Pendidikan awal kanak-kanak memainkan peranan yang penting dalam perkembangan dan pembangunan seseorang kanak-kanak.
Sekiranya seorang kanak-kanak mendapat pendidikan asas yang berkualiti, maka diyakini kanak-kanak tersebut akan terus berjaya dalam pendidikan yang akan dilalui pada peringkat yang lebih tinggi.
Apa itu KSPK?

Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bermula Januari 2010, yang dibangunkan dengan kerjasama agensi swasta. KSPK memberi penekanan dalam aspek berikut:

Ø  Menggabungkan prinsip pendidikan holistik yang berorientasikan kepada hasil pembelajaran

Ø  Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran mengambil kira latar belakang pelajar yang berbeza

Ø  Mentakrifkan penggunaan bahasa Malaysia, Inggeris, Tamil dan Mandarin sebagai bahasa instruksional.

Ø  Melibatkan aktiviti-aktiviti yang menggalakkan pemahaman budaya serta aktiviti pelbagai bangsa.

Kurikulum pendidikan awal kanak-kanak digubal bagi memastikan pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi. Transformasi kurikulum dan perubahan dalam sistem juga dilakukan mengikut peringkat yang telah disusun oleh pihak kerajaan bagi memastikan kejayaan dalam sistem pendidikan awal kanak-kanak.


No comments:

Post a Comment