Tuesday 13 November 2012

Hari Terbuka/ Open day 2012 Tadika Permata Scientex yang telah diadakan pada 4 Nov 2011 berjalan dengan lancar dan jayanya telah
mendapat sambutan yang mengalakkan.

Terima kasih kepada semua yang hadir!






Para Pengunjung dan ibu bapa mengambil peluang beramah mesra dan berkongsi pengalaman disamping menjamu selera





Ragam-ragam anak-anak kita













Monday 29 October 2012

OPEN DAY 2012


UPCOMING EVENT

Everybody are invited to:

OPEN DAY
TADIKA PERMATA SCIENTEX
Sunday
Nov,4 2012
12.00 noon

Sunday 21 October 2012

PEMBELAJARAN BERPUSATKAN MURID






Dengan mengamalkan pendekatan seorang demi seorang (1 to 1) Kami di TPS dapat mengenal pasti personaliti setiap pelajar dan melaksanakan pembelajaran berpusatkan murid.

- Pembelajaran digerakkan atas minat dan dorongan murid. Guru sebagai pemudahcara atau pembimbing. Murid mencari jawapan sendiri menerusi penerokaan dan pengalaman yang dibina sendiri. Guru akan menyediakan persekitaran pembelajaran. Aktiviti ini berpandukan kepada teori konstruktivis* iaitu menekankan pembelajaran berlaku apabila perubahan tingkahlaku hasil daripada pembelajaran yang dibina menerusi pengalaman baru.

Kebaikan aktiviti berpusatkan murid
·          Mendorong minat meneroka
·          Menggalakkan murid berdikari
·          Membina keyakinan diri
·          Membina pengetahuan menerusi cuba jaya
·          Memahami sendiri sesuatu konsep
·          Menyelesaikan masalah ingin tahu
·          Memberi peluang memilih bidang yang diminatimemupuk minat kepada penyelidikan saintifik
·          Menerima kegagalan sebagi satu pengalaman pembelajaran
·          Mewujudkan suasana ceria dalam pembelajaran

Apa kami lakukan di TPS dalam memastikan matlamat kami dan matlamat kerajaan dapat dilaksanakan dan berjaya seiring.

Sebagai pendidik awal kanak-kanak, kami mempunyai falsafah dan pendekatan untuk pendidikan kami sendiri.

Pendekatan kami kepada pengajaran dicipta dari pelbagai sumber dan termasuk :-

·       Pengetahuan daripada ahli-ahli teori awal kanak-kanak.

·       Pemahaman tentang perkembangan kanak-kanak, dan pengalaman kami dengan kanak-kanak dalam persekitaran pembelajaran yang berbeza.

·       Kami lakukan pengisian ilmu secara kreatif terhadap setiap kanak-kanak  secara berbeza mengikut tahap emosi, intelektual, kematangan mereka.

·       Pendekatan baru untuk pengajaran dan pembelajaran boleh disesuaikan dalam persekitaran dan boleh dikongsi dengan ibu bapa menimbangkan program anda untuk anak-anak mereka.

·       Pembelajaran berpusatkan murid.*
Apa itu Pendidikan awal kanak.


Dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) menyatakan

·           'pendidikan prasekolah' (preschool education) bermaksud program pendidikan untuk kanak-kanak berumur dari empat hingga enam tahun. (4-6 tahun)

·           'Tadika' (kindergarten) bermaksud tempat di mana menempatkan sejumlah kanak-kanak pendidikan prasekolah seramai sepuluh atau lebih.

·          Manakala 'taska' (nursery) merujuk kepada Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) bermaksud program pendidikan untuk kanak-kanak di bawah umur empat tahun iaitu bermula dari lahir hingga empat tahun.

Pendidikan awal kanak-kanak memainkan peranan yang penting dalam perkembangan dan pembangunan seseorang kanak-kanak.
Sekiranya seorang kanak-kanak mendapat pendidikan asas yang berkualiti, maka diyakini kanak-kanak tersebut akan terus berjaya dalam pendidikan yang akan dilalui pada peringkat yang lebih tinggi.

Tadika Permata Scientex (TPS) are set up on 2011 to give new way of teaching with the effective way. With affordable rate for special for society in pasir gudang.

Here, in TPS we use the education specialization  for each student with the approach one to one (1 to 1), (This method always been used in personal education and others kindergarten which with high rate charges).

With the approach one to one (1 to 1), we'll understand every each of the students needs and level of understanding. With this method and teacher expertise with suitable teaching techniques, Student personality will be reflected. Continuously, It will increase in student self confident and interest to new learning.


Tadika Permata Scientex (TPS) ditubuhkan pada 2011 untuk memberi cara baru pengajaran dengan cara yang berkesan. Dengan kadar yang berpatutan khas untuk masyarakat di pasir gudang.

Di sini, di TPS kita menggunakan pengkhususan pendidikan untuk setiap pelajar dengan pendekatan satu kepada satu (1 to 1), (Kaedah ini sentiasa digunakan dalam pendidikan peribadi dan tadika lain yang dengan caj kadar yang tinggi).

Dengan pendekatan satu kepada satu (1-1), kita akan memahami setiap setiap keperluan pelajar dan tahap kefahaman. Dengan kaedah ini dan kepakaran guru dengan teknik pengajaran yang sesuai, personaliti Pelajar akan dapat dilihat. Berterusan, Ia akan meningkat dalam diri pelajar yakin dan faedah kepada pembelajaran baru.