Thursday 26 October 2017

MENGENALI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

3.  Hypoaktif


    CIRI-CIRI

  • Murung dan menyendiri.
  • Aktiviti fizikal yang pasif.
  • Tiada respond pada persekitaran.
  • Suka termenung.
  • Tidak suka bergaul atau berinteraksi.
  • Menundukkan muka bila nama dipanggil.
  • Suka bermain sendirian.
  • Suka berkhayal.


Wednesday 25 October 2017

MENGENALI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

2. Hyperaktif

      

CIRI-CIRI



  • Aktiviiti fizikal yang agresif dan berlebihan.
  • Tindakan yang berlebihan terhadap rangsangan cahaya, bunyi dan warna.
  • Tidur yang tidak tetap.
  • Terlalu kerap menangis atau ketawa.
  • Sukar beri tumpuan terhadap permainan atau kerja yang dilakukan.
  • Mengubah aktiviti atau tindakan secara mengejut.
  • Mudah mengamuk bila kehendaknya dihalang.
  • Sukar menyesuaikan diri dan berinteraksi dengan rakan sebaya.

Tuesday 24 October 2017

MENGENALI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS.

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

1. Autisme

             CIRI-CIRI
              
  • Perlakuan yang bongkak
  • Ketawa dengan tiba-tiba
  • Perkataan yang diulang berkali-kali dan gagap.
  • Tidak mengenali bahaya.
  • Tidak merasai kesakitan.
  • Menangis dan marah tanpa sebab.
  • Permainan yang luar biasa.
  • Tidak mahu didakap.
  • Tidak dapat menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain.
  • Berkelakuan seperti orang pekak.
  • Tiada perhubungan mata bila bercakap.
  • Memutar barang.
  • Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal.
  • Tingkahlaku aktif keterlaluan.
  • Tidak mahu terima pelajaran biasa.
  • Mengigit kuku, hisap jari dan mencederakan diri.
  • Takut dan cemburu berlebihan. 

Sunday 22 October 2017

KAEDAH MONTESSORI

APA ITU KAEDAH MONTESSORI?



Pengasas:
        Pendidikan ini telah diasaskan oleh Maria Montessori pada tahun 1906. Pada awalnya pendidikan ini hanyalah untuk pelajar yang terencat namun perubahan telah berlaku apabila  pendidikan ini didapati telah mampu membantu perkembangan minda pelajar.

Ciri-ciri:
      Kaedah pembelajaran dalam pendidikan Montessori ini lebih mendedahkan kanak-kanak kepada persekitaran yang menyeronokkan dengan bantuan  alat-alat autentik dan natural. Pendekatan kaedah pembelajaran mereka  lebih kepada konsep kemahiran hidup.



Kelebihan:
       Kelebihan pendidikan Montessori ini  kepada kanak-kanak adalah membolehkan mereka  pandai bersosial dan juga lebih kreatif. Hal ini demikian kerana mereka telah didedahkan dengan persekitaran pembelajaran yang menarik untuk membantu perkembangan minda kanak-kanak. Oleh kerana tidak bergantung kepada jadual dan peraturan, pendidikan ini dilihat mampu memberikan keseronokan kepada pelajar. Justeru itu, dari segi emosi mereka lebih stabil dan lebih cekap dalam menguruskan diri sendiri.



Sunday 8 October 2017

ADAB PELAJAR TERHADAP GURUNYA

ADAB PELAJAR TERHADAP GURUNYA


Menurut Imam al-Ghazali, seseorang murid hendaklah:

1) Memberi sepenuh perhatian kepada gurunya

2) Mendiamkan diri sewaktu guru sedang meyampaikan pelajaran.

3) Menunjukkan minat terhadap apa yang disampaikan oleh guru.