Tuesday, 24 May 2016
INGIN ANAK CEPAT MEMBACA??
Berkecimpung dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, kami sering memdengar harapan ataupun keluhan dari ibu bapa mengenai hal ini.
Tapi sedarkah anda, tadika mahupun sekolah bertanggungjawab menyediakan dan memberikan pendidikan kepada kanak-kanak. Tetapi ibu bapa juga bertanggungjawab memupuk minat mereka untuk belajar dan membaca seawal usia mungkin. Anak-anak yang mempunyai minat yang tinggi lebih menunjukkan peningkatan yang cepat.
Supaya anak-anak cepat membaca, adalah penting untuk memupuk semangat dan minat mereka untuk membaca. Minat terhadap membaca dan buku sepatutnya sudah diterapkan sebelum anak-anak boleh membaca lagi.
Antara aktiviti penting yang ibu-bapa perlu lakukan untuk memupuk minat membaca mereka adalah:
1) Baca buku kepada anak-anak.
Ibu bapa perlu membacakan buku kepada anak-anak demi menarik minat membaca mereka. Pembacaan kad imbas bergambar turut boleh diamalkan.
2) Jadikan membaca satu rutin.
Aktiviti membaca perlu sentiasa diamalkan diantara ibubapa dan anak. Tetapkan satu sama setiap hari 5-10 minit untuk membaca kepada anak-anak.
3) Jadi contoh yang baik.
Ibu bapa perlu menjadi contoh dengan menunjuk ibu bapa juga suka membaca. Memang tidak dapat dinafikan,penggunaan teknologi membolehkan kita membaca terus dari gadjet, tetapi anak-anak yang kecil ini tidak dapat membezakan kegunaan gadjet-gadjet ini. Adalah baik ibu bapa turut meluangkan masa 30-60 minit membaca buku sebenar. Maka, ibu bapa dengan bangga boleh memberitahu anak-anak 'ibu/ayah juga suka membaca'. Ibu bapa sentiasa menjadi 'role model' bagi anak-anak.
Semoga bermanfaat.
TADIKA PERMATA SCIENTEX
Sunday, 22 May 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)